Isnin-Selasa, 14-15 September 2026
Tempat
Hotel Royale Chulan, Seremban
Waktu Malaysia
9.00 PG – 5.00 PTG
Za’ba (Zainal Abidin Ahmad) dan Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) merupakan dua figura agung dalam sejarah intelektual dunia Melayu yang telah meninggalkan kesan mendalam terhadap pembangunan tamadun, bahasa, agama, kesusasteraan dan pemikiran bangsa di rantau Nusantara. Meskipun berbeza latar geografi – Za’ba dari Tanah Melayu dan Hamka dari Sumatera, Indonesia – kedua-duanya berkongsi semangat yang sama dalam memperjuangkan pemartabatan bahasa Melayu, pengukuhan jati diri bangsa serta pemurnian kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat.

