Minangkabau International Gathering 2026

Simpan tarikh dalam kalendar telefon:

Google Calendar

Minang International Gathering 2026 merupakan sebuah inisiatif strategik anjuran PCMM yang bertujuan memperkukuh penyatuan masyarakat Minangkabau di Malaysia dan Nusantara dalam kerangka dakwah, adat, ilmu dan pembangunan ekonomi. Sebagai edisi pengasas, MIG 2026 dirancang sebagai titik perubahan institusi yang akan mengangkat peranan PCMM daripada sebuah organisasi komuniti kepada platform strategik yang menyumbang kepada agenda perpaduan nasional, diplomasi budaya dan kerjasama serantau.

Program ini akan berlangsung pada 26 hingga 28 Jun 2026 di World Trade Center Kuala Lumpur, sebagai sebuah perhimpunan tiga hari yang menghimpunkan tokoh ilmuwan, pemimpin masyarakat, penggerak dakwah, usahawan serta delegasi Malaysia dan Indonesia. MIG 2026 akan menjadi medan pertemuan strategik bagi memperkukuh jaringan intelektual, spiritual dan ekonomi dalam kalangan masyarakat Minangkabau yang telah berkembang sebagai sebuah tamadun berakar selama lebih 700 tahun.

Berteraskan lima tunjang utama iaitu Tunjang Intelektual, Tunjang Agama, Tunjang Ekonomi, Tunjang Budaya & Warisan serta Tunjang Sosial, MIG 2026 disusun bagi membina asas kerjasama jangka panjang yang mampan. Melalui wacana ilmiah, sidang meja bulat strategik, forum ekonomi dan platform kebudayaan, program ini akan memperkukuh jaringan persefahaman, memperluas kerjasama rentas sempadan dan membuka ruang kemajuan bersama antara Malaysia dan Sumatera Barat.

SENARAI PROGRAM:

Karnival Ekonomi & Keusahawanan Nusantara
Minang Business Network
Sidang Meja Bulat Da’ie Nusantara
– Ijtima’ Da’ie Nusantara
Seminar Antarabangsa Sejarah & Budaya
– Bedah Buku Silsilah Yam di-Pertuan Besar
– Baralek Gadang
Minang Leaders Forums
MIG Fundraising
Gala Dinner

# KEAHLIAN & MEMBERSHIP: